Saturday, October 2, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE 10

pada minggu ini, kumpulan yang membuat pembentangan telah membuat pembentangan tentang muzik tradisional india. dalam perbentangan ini, mereka memberitahu secara terperinci tentang muzik india. mereka menerangkan bahawa muzik india ini telah melalui proses yang panjang sebelum memasuki tanah melayu.

pada asalnya, muzik india ini telah menerima inspirasi dari pemujaan. muzik ini terbahagi kepada 2 iaitu muzik utara india dan muzik selatan india. muzik inijuga dikatakan bahawa berkonsepkan melodi dan irama sahaja, berbeza dengan muzik barat. muzik india juga dikatakan bahawa sebagai muzik yang tertua didunia. skala yang digunakan juga adalah berbeza dengan skala muzik yang digunakan oleh muzik barat.

muzik india ini dikatakan memasuki malaysia sejak zaman penjajahan lagi melalui imigran india yang datang untuk menjadi buruh diladang. dari segi alat muzik yang digunakan pula adalah terdiri daripada 4 keluarga utama iaitu bertali, tiupan,perkusi dan logam. dimalaysia terdapat beberapa contoh alat muzik iaitu Nadaswaram, thavil, ghatam, tabla dan sebagainya.

muzik india ini terdapat cara persembahannya yang tersendiri seperti semangat muzik ini diterapkan dalam diri ahli pemuzik itu. para pemuzik akan meninggikan guru seperti guru itu adalah wakil tuhan. dari gegi improvisasi, muzik ini memang menitikberatkan benda ini kerana muzik ini menitik beratkan kesenian.

dari segi struktur pula, muzik ini terbahagi kepada 3 iaitu Alap, Jor dan Gal. alap terdiri permulaan lagu itu dan memiliki tem[po yang perlahan. jor pula ialah pengunaan meter dan gal pula ialah pengunaan improvisasi itu yang lebih agresif.

akhir sekali, muzik india merupakan salah satu muzik yang unik dinegara kita. ianya masih mempunyai nilai seni yang tinggi didalamnya.
Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 NIQ89 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template