salam sejahtera saya ucapkan kepada en.amran dan sahabat.syukur kehadrat ilahi kerana saya masih berkesempatan menghadirkan diri ke kelas muzak tradisional pada minggu ini. wayang kulit merupakan salah satu kesenian yang begitu menarik yang telah saya ketahui, terutama wayang kulit negeri asal saya iaitu kelantan. sebelum mengikuti kelas en.amran minggu lalu, saya sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang wayang ini kerana walaupun saya lahir dikelantan tetapi saya kurang melibatkan diri dalam bidang kesenian.
tidak dinafikan, kesenian wayang kulit ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang dapat saya lihat dari pelbagai aspek contohnay dari segi ukiran,alat muzik,bahasa yang digunakan dan sebagainya. sebelum ini saya tidak tahu bahawa negeri lain juga mempunyai wayang kulit kerana pada pangetahuan saya kesenian hanya dominan kepada negeri kelantan sahaja. walaubagaimana pun, setelah mngikuti kelas en.amran pada minggu lepas pengetahuan saya bertambah meluas. bukan sahaja negeri kelantan, negeri lain juga mempunyai wayang kulit tersendiri seperti jawa,kedah dan sebagianya.
melalui kelas ini juga saya mula mengetahui jenis-jenis wayang kulit serta alat-alat muzik yang terdapat dalam setiap wayang kulit di negeri-negeri yang disebutkan. sebagai contoh, wayang kulit dijawa diiringi oleh alat muzik gamelan seperti khendang,gambang,sarun,demung,dan sebagainya, sebaliknya begi wayang kulit dimalaysia, disini wayang kulit tidak diiringi oleh alat muzik gamelan tetapi diiringi oleh alat muzik seperti gendang,gedombak,geduk dan serunai bagi wayang negeri kelantan
kesimpulanya, dapat saya katakan bahawa wayang kulit merupakan satu kesenian yang cukup-cukup mempunyai nilai estetika yang tinggi, dan harus dikekalkan kerana ini boleh dijadikan sebagai daya penarik dan boleh juga dijadikan sebagai aset negara jika kedatangan pelancong asing bertambah kerana kesenian ini. generasi muda pada masa ini perlulah terus mengekalkan tradisi ini.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment