Monday, October 11, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE 11

minggu ini kumpulan yang membuat perbentangan telah membentangkan tajuk berkenaan dengan ghazal. pembentangan ini dibuat oleh Norzakiah Binti Mohd Zain, Siti Rohaya Binti Zakaria, dan Azamwati A.Rahim. Pembentangan untuk kali kedua ini menyaksikan perbincangan dengan berdasarkan kepada kajian lapangan yang telah dijalankan.Ghazal itu sendiri berasal daripada tanah arab yang biasanya dimainkan seiring dengan persembahan  nyanyian dan ada juga ditarikan dengan tarian zapin. Tiga aspek utama dalam pembentangan yang jelas adalah perbincangan mengenai sejarah dan kedatangan ghazal ke Tanah Melayu, Jenis dan klasifikasi ghazal di Malaysia serta cara persembahan bagi setiap ghazal tersebut. Ghazal membawa maksud 'berbicara dengan wanita'  Secara umumnya, Ghazal diterjemahkan sebagai satu nyanyian puisi yang bertemakan cinta dan berasal dari Timur Tengah khasnya Parsi sebelum kemunculan agama Iislam. alat muzik yang menjadi tunjang kepada muzik Ghazal adalah gambus yang menghasilkan nada melaui petikan tali.
Ghazal di Malaysia melalui penemuannya terbahagi kepada dua iaitu ghazal parti dan ghazal Johor.  Terdapat persamaan dan perbezaan bagi kedua ghazal itu iaitu dari sudut konsep persembahan dimana ghazal johor lebih tertib permainannya manakala parti pula lebih kepada sifat kemeriahan dan berparti.  Pembentang juga menyentuh tentang struktur dalam nyanyian Ghazal yang dapat dibahagikan kepada Masuk Lagu, Patah Lagu, dan Mengalun Lagu. bahagian tersebut adalah penting untuk pembawaan lagu dalam ensamble Ghazal.
Sebagia penutup, saya menyeru agar permainan ghazal ini tidak dilupakan oleh golongan muda pada masa kini kerana, seni ghazal memiliki keunikan yang tersendiri dan tidak patut dilupakan.

0 comments:

Post a Comment

 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 NIQ89 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template