Saturday, August 28, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE 7

tahniah kepada kedu-dua kumpulan yang telah membuat perbentangan pada hari isnin yang lalu, perbentangan oleh kedua-dua kumpulan ini amat menarik perhatian.

kumpulan 1 : sejarah muzik tradisional ditanah melayu

perbentangan ini terdiri dari daripada 5 orang ahli kumpulan iaitu effizan,asmaliza,noraziemah,yuniza dan haslina. tajuk yang mereka bentangkan ialah tentang sejarah muzik tradisional ditanah melayu.dalam perbentangan ini mereka menyentuh beberapa aspek penting iaitu konsep dan sejarah perkembangan,cara kemasukan dan penyebaran, jenis alat muzik dan banyak lagi.

muzik tradisional malaysia pada awalnya telah wujud sejak zaman purba lagi, hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan tulang-tulang manusia yang ditebuk lubang. kemudian, alat-alat muzik tersebut berubah-ubah dari zaman ke zaman mengikut kemodenan. semakin lama alat muzik tersebut dicipta dengan teliti dan mempunyai nilai estatik yang tersendiri.

dapat juga dikatakan bahawa alat muzik tradisional ini turut mengandungi unsur spiritual cotohnya seperti serunai yang dimainkan dalam wayang kulit. dalam perbentangan itu, ada mengatakan bahawa alat muzik tradisional melayu ini mempunyai pengaruh luar seperti arab,thailand dan sebagainya. sebagai contoh kompang, kompang adalah berasal dari tanah arab. ianya dibawa masuk ke tanah melayu melalui perdagangan oleh masyarakat arab, ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli, dimainkan dengan cara mengetuk permukaannya.

kumpulan 2 : zikir

kumpulan kedua ini membentangkan tajuk zikir. antara ahli kumpulan mereka ialah rosmawani,nurdalila,norazirayati,norziaanie, dan salwa. kumpulan ini juga telah menjadikan perbentangan mereka menrik dengan memasukan beberapa aspek penting seperti sejarah awal zikir,jenis-jenis zikir dan sebagainya.

zikir terbahagi kepada banyak jenis mengikut tempat, seperti dimalaysia zikir tidak mempunyai iringan muzik, tetapi ditempat lain zikir dilakukan dengan cara diiringi dengan muzik.kebiasaanya zikir ini dilakukan apabila erdapat upacara tertentu seperti majlis perkahwinan,tahlil,majlis berkhatan dan sebagainya. dimalaysia juga turur mengandungi muzik tetapi tidak terlalu meluas pengunaanya,contohnya dalam majlis perkahwinan,kompang mengiringi zikir.

kesimpulanya,kedua-dua perbentangan ini memperlihatkan secara keseluruhan aspek yang berkaitan dengan tajuk masing-masing. selain itu cara mereka menyampaikan mesej melalui perbentangan mereka juga adalah berkesan.diharap kumpulan yan berikutnya akan membuat satu kejutan.
Teruskan Membaca...

Thursday, August 19, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE 6

MAKYUNG

salam sejahtera saya ucapkan kepada en.amran kerana sudi mengajar saya tenteang makyong dan kompang, dalam kelas yang telah diberikan pada minggu lepas telah banyak menambah ilmu pengetahuan saya tentang 2 jenis muzik tradisional ini, sebelum ini saya hanya sedikit sebanyak telah mengatahui tentang kedua-dua alat muzik ini tetapi ianya dari ibu bapa saya sahaja, tetapi setelah saya mengikuti kelas ini pengetahuan saya dalam muzik ini semakin bertambah. makyong boleh dikatakan tergolong dalam bentuk seni lakon sama seperti menora, mek mulong dan sebagianya. muzik ini dikatakan beasal dari pattani(thailand).

dipercayai dibawa masuk ke semenajung melalui kelantan sejak 200 tahun yang lalu, muzik ini telah dibawa masuk oleh sultan muhammad ke-4. pada asalnya muzik ini menjadi muzik istana tetapi kemudianya ianya kembali menjadi muzik permainan rakyat. selain dikelantan muzik ini juga wujud dikedah.

dari segi persembahan, makyung ini mengandungi unsur-unsur spritual. kebiasaanya ia dipersembahkan melalui permainan main puteri iaitu sejenis permainan yang bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, selain itu ia turu dimainkan dalam upacara sembah guru. permainan makyung ini juga dimainkan diatas tanah, dapat dikatakan disini aras panggung permainan makyung ini adalah sama aras dengan permukaan tanah.

terdapat beberapa contoh lagu yang dimainkan dalam  muzik ini iaitu menghadap rebab iaitu lagu yang terpanjang sekali dalam persembahan ini, lagu kijang mas iaitu lagu selepas lagu menghadap rebab dimainkan, lagu singdung iaitu lagu yang dinyanyikan oleh pakyun apabila ingin memberikan arahan kepada peran. selain daripada lagu-lagu yang disebutkan terdapat banyak lagi lagu-lagu lain.

dari segi alat muzik pula, makyung mempunyai beberapa alat muzik utama seperti rebab,gendang ibu dan anak dan tetawak. kadang-kadang juga dimasukan alat tiup seperti serunai.
rebab memainkan peranan utama dalam persembahan ini. rebab merupakan alat kordofon, mempunyai 3 tali, ianya berbentu 3 segi dan dibuat daripada kayu, muka badan rebab ditutup dengan kulit lembu untuk membantu mengeluarkan bunyi, ia dimainkan secara digesek, bonggol kecil dipanggil susu tujuan untuk meredam bunyi.

tetawak pula merupakan sepasang gong yang masing-masing mempunyai pitch bunyi yang berbeza. gong dimainkan dengan cara diketuk. setiap pusingan lengkap ditanda dengan bunyi gong.

gendang pula dimainkan dengan cara diketuk, gendang menggunakan 4 timbre iaitu pak,duh,cak dan ting. gendang juga dimainkan secara interlocking. melodi dimainkan secara berhias dan komplaks oleh kesemua alat muzik tersebut.

KOMPANG

kompang merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan dimalaysia. kompang ini dikatakan berasal dari kebudayaan barat di asia barat(timur tengah). ditempat asal, alat ini disebut dengan pelbagian nama seperti dufuf,daff,duff,tar atau bendir. berlainan pula di indonesia, ia dipanggil terbang atau rebana.ia dulunya digunakan untuk menarik minat pembeli untuk menarik minat pedagang. pada aslanya kompang ini telah dibawa masuk oleh pedagang-pedagang arab melalui perniagaan pada kurun ke-13. alat ini dikelaskan sebagai membaranofon dalam kelas drum kecil.


biasanya kompang dimainkan semasa majlis perkahwinan dan banyak lagi pada asalnya, kini masyarakat telah menukar corak permainan alat ini, dimainkan dalam acara sambutan pemimpin dan sebagainya.

dalam persembahan, kompang ini dimainkan secara berkumpulan, terdapat bahagian-bahagian tertentu dalam permainan ini seperti melalu,menigkah dan menyilang. pemakaian bagi pemain kompang amat dititiberatkan dan ada pantang larang tersendiri.

dimalaysia, kompang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kompang hadrah(perak), kompang johor/jawa, kompang eizhar(selangor), dan kompang kelalang(melaka). kompang mempunyai beberapa jenis saiz dan mengikut umur contohnya 30cm untuk 12 tahun dan kebawah serta banyak lagi. rentak asas sesebuah kompang ialah tak dan dung dan rentak yang paling asas ialah rentak asli.

kesimpulan, secara keseluruhanya dapat dikatakan bahawa, makyun dan kompang ini merupakan muzik yang tidak patut dilupakan oleh jenerasi muda pada masa kini. muzik ini seharusnya diketengahkan oleh pihak kerajaan dalam usaha menarik pelancong asing datang kenegara kita ini...
Teruskan Membaca...

Friday, August 13, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE 5

gamelan


gamelan merupakan salah satu orkestra muzik yang keemuanya merupakna alatan muzik tradisional. pada awalnya gamelan ini berasal dari kepulauan jawa yang dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan Eropah. Perkataan 'gamel' bermaksud alat tukul. Bermakna, bunyi terhasil melalui tukulan. mengikut catatan yang paling awal gamelan ini bukan merupakan suatu bentuk seni asli.


Dalam mitologi Jawa, gamelan diciptakan oleh Sang Hyang Guru di era Saka 167, dewa yang memerintah sebagai raja turun Jawa dari istana di pergunungan Maendra di Medangkamulan (sekarang Gunung Lawu). Dia memerlukan isyarat untuk memanggil dewa-dewa dan dengan demikian menciptakan gong. Untuk mesej yang lebih kompleks, ia menemukan dua Gong yang lain, sehingga membentuk set gamelan asli.http://en.wikipedia.org/wiki/Gamelan. dimalaysia, gamelan melayu dikenali juga sebagai gamelan terengganu dan lebih dikenali juga dengan nama joget gamelan. ianya telah wujud di istana riau lingga sejak abad ke-18 lagi. muzik gamelan ini kemudianya telah berpindah kenegeri pahang melalui perkahwinan antara keluarga diraja riau dengan keluarga diraja pahang. kemudian pada awal abad ke-20 set gamelan ini telah dipindahkan ke Istana Terengganu untuk meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman dari Terengganu dengan Tengku Mariam dari pahang. Dari sinilah bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi, dan melodi. Perubahan ini telah menjadikan muzik gamelan Terengganu adalah lebih mudah dibandingkan dengan muzik gamelan Jawa. hal ini demikian kerana Set alat gamelan Terengganu mengandungi 7 alat iaitu gendang, bonang/keromong, saron barung, sarun penerus/pekin, gambang, kenong, dan gong. kesemua alat ini telah disesuaikan tuning masing-masing.gamelan mula menggunakan sistem nombor untuk menunjukkan setiap not dalam sesuatu bar lagu yang dimainkan. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan.


bagi pandangan saya, muzik gamelan ini merupakan satu muzik yang menarik dan mampu menandingi muzik-muzik barat. selain itu kite juga mampu mengetahui sesuatu yang lebih indah lagi jika kita mendalami ilmu berkaitan dengan muzik gamelan ini.






caklempong


caklepong merupakan salah satu jenis muzik yang amat menarik.ringkasnya, muzik caklempong berasal dari Minangkabau dan terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah, dan Jelebu, Negeri Sembilan. Juga dikenali sebagai 'telempong, talempong, dan tak lempong. Alat muzik ini biasanya akan mengiringi nanyian, tarian, dan pencak silat.


dapat juga dikatakan bahawa muzik caklempong ini mempunyai unsur-unsur spritual sebagai contoh tarian piring yang dimainkan dijohor.


alat ini dimainkan secara bertingkah dan "double". terdapat 3 bahagian didalam permainan ini iaitu melodi asal,meningkah dan double. alat muzik caklempong adalah terdiri daripada gereteh,tingkah,suawa,gendang ibu dan anaak,bangsi dan serunai.


akhir sekali, dapat saya katakan bahawa muzik ini juga amat menarik untuk dimainkan. sama seperti gamelan muzik ini juga mempunyai keunikan tersendiri.
Teruskan Membaca...

Sunday, August 8, 2010

Juranal Refleksi Minggu ke-4

salam sejahtera saya ucapkan kepada en.amran dan sahabat.syukur kehadrat ilahi kerana saya masih berkesempatan menghadirkan diri ke kelas muzak tradisional pada minggu ini. wayang kulit merupakan salah satu kesenian yang begitu menarik yang telah saya ketahui, terutama wayang kulit negeri asal saya iaitu kelantan. sebelum mengikuti kelas en.amran minggu lalu, saya sebelum ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang wayang ini kerana walaupun saya lahir dikelantan tetapi saya kurang melibatkan diri dalam bidang kesenian.

tidak dinafikan, kesenian wayang kulit ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang dapat saya lihat dari pelbagai aspek contohnay dari segi ukiran,alat muzik,bahasa yang digunakan dan sebagainya. sebelum ini saya tidak tahu bahawa negeri lain juga mempunyai wayang kulit kerana pada pangetahuan saya kesenian hanya dominan kepada negeri kelantan sahaja. walaubagaimana pun, setelah mngikuti kelas en.amran pada minggu lepas pengetahuan saya bertambah meluas. bukan sahaja negeri kelantan, negeri lain juga mempunyai wayang kulit tersendiri seperti jawa,kedah dan sebagianya.

melalui kelas ini juga saya mula mengetahui jenis-jenis wayang kulit serta alat-alat muzik yang terdapat dalam setiap wayang kulit di negeri-negeri yang disebutkan. sebagai contoh, wayang kulit dijawa diiringi oleh alat muzik gamelan seperti khendang,gambang,sarun,demung,dan sebagainya, sebaliknya begi wayang kulit dimalaysia, disini wayang kulit tidak diiringi oleh alat muzik gamelan tetapi diiringi oleh alat muzik seperti gendang,gedombak,geduk dan serunai bagi wayang negeri kelantan

kesimpulanya, dapat saya katakan bahawa wayang kulit merupakan satu kesenian yang cukup-cukup mempunyai nilai estetika yang tinggi, dan harus dikekalkan kerana ini boleh dijadikan sebagai daya penarik dan boleh juga dijadikan sebagai aset negara jika kedatangan pelancong asing bertambah kerana  kesenian ini. generasi muda pada masa ini perlulah terus mengekalkan tradisi ini.
Teruskan Membaca...

gambarku

Teruskan Membaca...
 

blog pelajar kumpulan A

blog pelajar kumpulan B

Blog pelajar kumpulan C

SMP2252 NIQ89 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template